Tuesday, January 22, 2019

Our Product

So this is our product ! My Busy Book . 
This is the cover page for our Busy Book 

From this page, para ibu bapa boleh mengajar kanak-kanak untuk mengecam bunyi dan meneka haiwan apa yang mengeluarkan bunyi seperti itu. 

Zippy Zip pula berkait dengan psikomotor halus. Yang memerlukan kanak-kanak untuk menggunakan jari jemari mereka untuk menarik zip.

Aktiviti Let’s Tie The Shoelaces juga menggunakan perkembangan psikomotor halus untuk menguatkan pergerakan jari


Perkembangan yang terdapat di dalam Busy Book

Perkembangan yang terdapat di dalam Busy Book kami ialah perkembangan bahasa, perkembangan awal matematik dan perkembangan psikomotor halus

Kita tahu bahawa perkembangan bahasa itu melibatkan bila dan bagaimana kanak-kanak belajar bercakap dan memahami apa yang didengar. Kita sedar pentingnya perkembangan bahasa untuk kanak-kanak berkomunikasi, meminta keperluan harian, dan berkongsi pengalaman. Apa yang tidak disedari ramai adalah perkembangan bahasa merupakan asas penting dalam kemahiran membaca dan menulis.

Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bahasa yang baik lebih mudah mempelajari kemahiran membaca dan menulis. Malangnya yang sebaliknya juga adalah benar. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bahasa yang lemah atau kecelaruan pertuturan dan bahasa sukar mempelajari teknik-teknik untuk membaca dan menulis. Ini kerana mereka tidak mempunyai asas atau kemahiran literasi awal yang terdiri daripada kemahiran bahasa. Jadi melalui Busy Book ini kanak-kanak dapat mengasah keupayaan untuk berkomunikasi sewaktu bermain. 

Kanak-kanak mempelajari matematik melalui aktiviti harian. Mereka menemukan perkaitan matematik dalam kehidupan harian mereka semasa mereka meneroka ruang, membandingkan jumlah dan mengasingkan alatan dan objek. Tahukah anda bahawa permainan yang kita main bersama bayi dan kanak-kanak boleh mengalakkan pembelajaran awal matematik?

Kanak-kanak belajar melalui bermain dengan pelbagai objek. Sebagai contoh, di dalam Busy Book kami, kanak-kanak mempelajari cara mengikat tali kasut sambil menyebut nombor yang terdapat pada kasut tersebut. Mereka mempelajari konsep-konsep awal matematik seperti saiz, besar-kecil, tinggi-rendah, laju-perlahan, berat-ringan, dan sebagainya. Dengan membantu mereka mempelajari konsep tersebut, kita telah membantu mereka mempelajari kemahiran awal matematik.

Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.   Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Contohnya kanak-kanak yang berumur 3 tahun dapat menggunakan sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak yang lebih besar seperti berumur 5 tahun, mereka mungkin telah dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk. Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mereka berkebolehan mengikat tali kasut mereka.  Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan ‘dexterity’. Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis, melukis atau melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan baik.

Apa itu Perkembangan?

Apa itu perkembangan? Perkembangan ialah satu proses perubahan yang berlaku secara berterusan. Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. 
Semua perkembangan itu, iaitu berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

Secara ringkasnya, perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. 

Tuesday, January 15, 2019

Apa itu Busy Book ?

Busy Book ialah alat bantuan mengajar yang boleh digunakan oleh para ibu bapa untuk mengajar anak anak mereka tentang perkara asas dalam kehidupan mereka seperti mengikat tali kasut, membuntang baju, menarik zip dan cara pemakaian baju yang betul. Sebahagian daripada aktiviti tersebut ada merangkumi pergerakan motor halus kanak kanak serta membantu meningkatkan pengetahuan dalam awal matematik serta perkembangan kognitif kanak-kanak. Sebagai contoh sambil mengikat tali kasut, kanak-kanak juga dapat mengenal nombor kerana mereka akan memasukkan tali kasut mengikut nombor yang ditetapkan.

Barang yang digunakan untuk membuat Busy Book ini tidak merbahaya dan selamat digunakan kerana, bahan yang digunakan ialah barangan DIY ataupun Do It Yourself. 

Mengikat tali kasut mengikut nombor.
Ini adalah salah satu aktiviti perkembangan untuk kanak-kanak yang akan ada di dalam busy book kami. 


Ini adalah contoh busy book yang akan kami keluarkan.
 Jadi, nantikan busy book daripada kami!